untuk jurukopi ( yang sudah tidak boleh/berhenti/mental block menulis)
aku ini orang yang dari kecil memang terpinggir, dan tulisan selalu buat aku merasakan berhak hidup. apa-apa sahaja tulisan- dari papan tanda kedai, komik-komik hongkong, buku cinta meleleh, naskah sastera berat- semuanya menenangkan aku. dan dalam menulis aku masih sendiri- sekurangnya yang hidup ialah huruf-huruf, karakter, kisah dan ayat.
mengesankan.
komrad, menulis cuma luahan hati yang mati. atau hati kau sudah hidup kembali sehingga menulis jadi satu beban? atau matinya hati sehingga semua huruf juga sudah dimakamkan?
aku masih mahu menulis, masih mahu hati aku mati.
penulis-penulis ialah kelompok loser yang berangan tulisannya bagus-bodoh-tidak bagus-pandai.
menulis sahaja apa yang kita suka, tiada beban, tiada jangkaan, tiada harapan.biar buku sahaja jadi alat komoditi kapatalist, bukan tulisan.
tulisan ialah milik peribadi yang masih kekal peribadi biar sudah berlegar di ruang awam.
Komrad! mahu kenal dengan nurse sorang boleh?
Yang Benar,
Abang Bulu Dada.
saya harap itu cuma sementara. saya mahu baca lagi.
ReplyDeletekau punya hak mahu teruskan atau berhenti.tapi sebolehnya aku tidak mahu kau berhenti.aku kagumi penulisan kau.sejak akhir2 ini ramai penulis blog yang aku kagumi mulai hilang lesap dan leyap.harapnya kau tidak.
ReplyDelete