petang ada awan. tebalnya berselerak kelabu kelam hampir sahaja membentuk tona hitam. di hujung sana ada matahari; silaunya asyik, seolah langit masih belum puas bersetubuh dengan cerah. iya gelap ada bintang yang menunggu, ada bulan yang membulat - persetan. langit lebih gemarkan cerah.
hari ini dia menghukum diri sendiri; menahan rasa rindu yang maha gila menyiat - nyiat urat waras.
semalam sesudah petang yang ada awan tebal dan langit yang belum puas dengan cerah; dia hiris hati bidadari. hiris dan kemudian cincang lumat lalu tanam sedalam - dalam tanah; dengan kata-kata. bidadari menangis. dia pernah berjanji, air dari mata bujur bidadari haram untuk gugur. dalam apa cara dan kerana apa sekalipun, apatah lagi disebabkan oleh dia - haram.
hari ini dia menghukum diri sendiri; menahan rasa mahu bercakap dengan bidadari kerana khuatir butir ungkapannya menjadi racun. dalam kehidupan yang lalu, dia langsung lupa yang dirinya pernah dilahirkan sebagai demon.
barangkali dia; sanggup menjadi bisu diam seribu bahasa asal tidak melukai makhluk yang paling dicintainya itu dengan ungkap kata dari lidah dan mulutnya. pesan ugamawan, tuhan makbul doa manusia yang bangkit malam dan menadah ke langit. dalam diam tanpa bunyi; malam ini dia menyimpan angan untuk bangkit dan menadah ke langit agar esok pagi dia bisu - tekad.
penghukuman diri; waktu 1945, 26April2010.
No comments:
Post a Comment