saya minum kopi lebih daripada 20 cawan sehari. ada kalanya angka itu meningkat. dan kadaran ini sedikit berkurang andai aktiviti harian saya banyak dipenuhi dengan berjalan dan ke serata tempat. tabiat yang tidak saya ingati bila ia bermula dan bagaimana.
sewaktu kecil dahulu, saya punya persepsi nakal terhadap mereka yang meminum kopi, terutamanya yang panas(dan pada waktu siang hari ketika matahari masih galak di atas kepala). saya gelak sinis; gelak cara budak - budak kecil, adakalanya sehingga tergolek dan menahan senak perut melihat bibir manusia yang menghirup kopi ketika haba bumi tidak begitu mesra alam. bukan kerana gerak laku si peminum; tetapi kerana tabiat meminum kopi itu sendiri.
saya tidak pasti kenapa pada ketika itu (zaman kecil saya), saya melihat tabiat meminum kopi panas di siang hari seolah tabiat yang pelik (bodoh). Semacam tabiat berjalan - jalan sambil berbogel dan menari - nari di depan khalayak. Sehingga ke tahap itu. dan ia melucukan.
dewasa. kertas - kertas nota dan contengan saya banyak dicorakkan dengan percik hitam, bertambah jelas kesannya andai meja berselerak dan cawan kopi ditindih di atasnya. berselerak ;mahu mencari pensil dan pen pun, perlu membelek - belek. bukan, pemandangan begitu bukanlah memberi makna kapasiti kerja yang bertimbum. jelas; saya pemalas dan tidak tersusun orangnya. andai kena pada hari yang sempurna, baju saya juga ditandai dengan kopi. bintik hitam.
kopi tidak pernah menahan mata saya dari tertutup. mengarutlah barang siapa yang mendakwa kopi memungkinkan manusia berjaga. pada saya ia lebih, kepada faktor mental. andai diteguk sebalang kafein sekalipun, mengantuk tidak akan pernah dapat dikalahkan oleh aroma mahupun jisim kafein. ia lebih menepati; memenuhi tuntutan ketagih.
menghirup kopi kastanya barangkali sama seperti pelengkap 'merokok selepas makan.' badan rasa padu dan urat sedikit lega. hirup yang pertama tidak akan sempurna tanpa terus sahaja diikuti hirup yang kedua. mesti. mesti berturut hirup yang pertama dan kedua. tanpa putus meletakkan cawan di meja mahupun dilepas dari tangan. lecur air liur tidak usah diperkatakan; semacam perempuan mengandung yang berminggu mengidam mangga muda lalu melihat selonggok tersusun di gerai tepi jalan sewaktu bersandar pada tempat duduk penumpang di kala suami memandu.
dan apabila meminum kopi adalah satu tabiat normal yang menghiasi norma hidup manusia sama seperti aktiviti membasuh pinggan mangkuk, menjemur baju, menonton epl mahupun bermain congkak; maka saya kira ia tidaklah begitu konkrit dan rendah tahap munasabah-nya untuk dimasukkan sebagai isi dalam salah satu sistem pesanan ringkas; yang bunyinya seakan mahu dijadikan alasan untuk pasangan manusia berpisah. atau; kalau bukan untuk dijadikan alasan sekalipun; masih tidak mampu dilogikkan oleh akal lelaki saya untuk diselitkan dalam teks. barangkali kerana perkara - perkara beginilah; terus menjadikan perempuan sebagai kejadian yang perlu dijelajahi tanpa rasa jemu dan putus asa.
cinta hati, terima kasih.

kopi itu ex boyfren aku
ReplyDeletesekarang aku dah putuskan hub aku dengan dia
sebab dia slalu bikin aku pening kpala
mungkin sbb dah lama tak bermesra dgn dia, sekali aku merapatkan diri dengannya, kepala aku mesti buat hal.
jadi aku decide untuk putuskan hubungan dengannya sebelum keadaan menjadi sgt parah.
waktu dgn kopi lagi aku dah ade affair dgn tea.jadi sekarang, aku mmg bahagia dgn tea.hari2 layan dia pon xpe.siang malam pagi petang aku sanggup.sebab dah cinta :)
aku rasa kau bakal jadi makngah aku kat kampong melaka.dia kalau xdpt kopi sehari, dia lemah macam sotong lembik yang nak kena masak sambal.kalau dapat kopi, dia jadi gagah mengalahkan segala jenis 'man' yang ada di kaca tv :)
kopi itu promiscuous.
ReplyDeletedan bisexual juga.
ngade3..xde sape pn halang awk minum coffee..
ReplyDeletecintahati ;)
ReplyDelete