Saturday, March 13, 2010

Sistem & Kegagalan Untuk Menempatkan Diri. Ah.


Di suatu tempat lain, Malik II sedang bersila berkain pelikat lusuh. Janggut sejemputnya di dagu dilurut-lurut. Kitab kecil yang diletak di paha dibelek-belek dengan jari tangan kiri, sambil mendengar suara ahli keluarga yang sedang bercakap. Usrah kali ini cukup bermakna. Dihadiri tuan guru sanjungan ramai yang setiap butir bicaranya diangkat sebagai mutiara kata dan nasihat berharga. Tiba giliran Malik II,     

'Kitab ini perlu ditafsir semula. dicerna maksudnya dari perspektif yang segar, sesuai dengan konteks masa kini. Teks kitab ini tidak patut dizalimi dengan diberi tafsiran secara hurufiah; sungai arak tidak wujud di syurga; pencuri tidak perlu dipotong tangan'

Kepala Malik II berdengung. Sendinya terasa seolah bersepah. Dia tidak ingat berapa kali terajang hinggap di badan dan mukanya. 


Mimpi rupanya.

Malik II bangkit dari katil, lihat pesanan yang ditinggalkan di skrin. '12am regular place, gua belanja'. Memandu tidak sampai 30 minit, keretanya berada di satu slot parkir. Sampai di meja panjang, kehadiran Malik II disambut kemontokan buah dada gebu milik Emi gadis bar yang separuh barat. 'cheers babe.'. Joe masih enak berdansa, malam ini dunia miliknya. 

Tegukan yang hampir habis, belakang telinga Malik II ditiup angin halus. Ada bau perempuan. '..I've been watching u..' - 'oh ya..?' - 'drink wif me..?' - '..yaa..y not.'

Ah sialan, perbualan baru masuk perenggan ke-3, perempuan sudah ajak ke ranjang. Malik II tenung redup perempuan di depannya dengan tenungan kasihan. Semudah ini, apa cinta hanya untuk satu malam, soal Malik II. Damn u sweet-talker, kalau kau tidak mahu, usah dilayan sedari awal..son of a bitch, balas perempuan di depan Malik II sambil berlalu pergi dengan mulut yang masih bermaki hamun.
  

Mimpi rupanya (lagi).    

Malik II sudah lambat ke kuliah. Baju yang bertimbun di atas katil dikorek untuk mencari warna kuning. Jumpa, dan terus pakaikan di badan. Cucuh rokok sebatang, pagi ini mendung dan hujan hampir reda. Menunggu di perhentian tepi jalan sebahagian dari naratif harian Malik II.

Mimpinya semalam. Banyak dan bertindih. Dia dihalau dari kumpulannya. Barangkali kerana sikap yang tidak serupa majoriti. Andai kau mahu  kekal diterima di dalam sistem hidup, ikut cara bagaimana sistem itu berjalan. Jangan dibangkang jangan dipersoal. Andai kau berada dalam kumpulan zina, jangan bicara soal agungnya cinta. Andai kau berada dalam kalangan agama, jangan bicara soal pembaharuan. Biarkan. Biarkan sistem itu berjalan sepertimana ia berjalan sekarang.

Atau; kau memilih untuk memberontak. Tidak mahu menjadi bacul menurut dominasi semasa - yang kadangkala terlebih sial.


Hakikatnya kau punya syarat lengkap, untuk masuk ke dalam sistem (yang padahal sekarang ini pun kau sedang hidup di dalamnya). Soalnya sekarang ialah bagaimana cara untuk menempatkan diri di dalam sistem. Ketepikan soal berontak, dan kau dijamin gembira. Dan kau juga punya nama baru - robot.  

Malik II sedut dalam - dalam, baling puntung ke tepi. Bayar seringgit dan pilih tempat duduk paling belakang, hujan kembali lebat.

2 comments:

  1. untuk melakukan satu perubahan kita misti memiliki satu karisma..(Charismatic Value)
    kalau tak, kita harus berada dalam sistem.
    untuk memberontak dari sistem yang telah berakar dalam rentetan sejarahnya yang panjang, ia memerlukan tenaga kental yang bukan sedikit.
    dan perlu ada asas yang sangat kuat bersama dengan karisma diri...

    ReplyDelete
  2. Mungkin wujud manusia yang pseudo-robot. Secara luarannya, sukar dibezakan mereka ini daripada robot-robot pendukung sistem, padahal hati mereka ini masih manusiawi. Mereka ini turut sama berpura-pura mendukung sistem walhal matlamat mereka cuma satu iaitu mahu mengubah sistem itu sendiri dari dalam.
    Mereka ini bukannya bacul, melainkan mereka ini sedang menyusun strategi dan menanti masa yang sesuai untuk melaksanakan kudeta ke atas sistem. Itupun, setelah segala risiko yang dipertimbang bakal menyebelahi mereka.

    ReplyDelete