Monday, April 5, 2010

Monolog Pu(isi)ssy: Sesumpah Cinta


aku datang bawa satu rahsia yang sebenarnya bukan lagi rahsia

apa yang kau mengarut?

bahawa tiada cinta dalam manusia, cinta cuma ejaan alternatif untuk nafsu

tipu!

jangan menjerit! dengar orang tua bercakap. apa kau tahu rasa garam?

Masin!

aku kata jangan menjerit! Masin? Garam rasanya payau!

Payau?

Ya. Bukan itu yang mahu dibuktikan. Aku mahu buktikan cinta tidak wujud!

Buktikan!

Bila kau ingat padanya, yang terbayang dalam fikiran ialah montok dadanya, lekuk lehernya, lenggok pinggulnya, bukan?

Tidak!...errr Iya! Tetapi aku juga sayang!

Sayang?! Kau sayang tubuhnya. Kenapa dia, bukan perempuan lain, kalau benar sayang?

Kerana aku tidak sayang perempuan lain...

Esok Megan Fox akan ketuk pintu rumah kau..

Benar? Aku memang kacak, sudah pasti dia terpikat! Oh Megan Fox.... (ada bunyi ngerang di sini)

Lihat! Kau tidak cintakan perempuan itu! Cuma nafsu membuak!

Tidak!!! Sayang aku padanya infiniti! Cinta itu infiniti!

Cinta itu infiniti? Cinta itu ada hadnya! Nafsu yang infiniti!

Heh...orang tua penuh lara! Orang tua tidak laku!

Heh....aku tidak jual jiwa kepada syaitan cinta!

Syaitan? Bukan! Dia bidadari!

Apa kau pernah lihat sayapnya?!

Tidak...eh dia punya sayap? aku ingat dia manusia!

Kau buta! Matamu sudah gerhana! ( tiru judul gerhana mata*)

Aku sanggup mati kerana cinta! Lebih baik disayangi daripada bersendiri!

Keanak-anakan! Kau tahu apa yang terjadi kepada pencinta agung?!

Siapa pencinta agung? Tiada cinta agung selain cinta aku!

Huh..bagus kalau begitu! Sertai Romeo, Casanova, dan Majnun dalam neraka. Malah ikut jejak Tuah yang bacul!

Tuah? Dia cuma cintakan sultan! Bodoh!

Oh! Silap contoh..tapi pokoknya cinta tidak wujud, yang ada cuma nafsu!

Nafsu dan cinta sama-sama wujud! Apa kau mati pucuk? Mahu bercinta tanpa berahi!

Berahi aku jual pada pelacur! Cinta tidak berhak kepada mana-mana wanita!

Maka, biar kau sahaja bersendiri. Aku mahu dicintai dan mencintai!

Seposen pun tidak berguna! Kau pasti kecewa!

Biar aku rasai sendiri! kecewa, gembira cuma perkataan! yang benar ialah aku dan dia!

Kau mahu percaya itu? Sejauh mana?!

Infiniti!

Selamat bercinta teman! Pergi jauh-jauh. Aku mahu layan porn! Eh silap, mahu solat taubat!

*Gerhana Mata karya Djenar Maesa Ayu (Kompas, Mei 2007)

3 comments:

  1. Aku? Aku juga sudah tidak pasti cinta wujud atau sudah mampus. Barangkali cinta mampus kerana dibunuh nafsu nan pelbagai.

    Yang aku ada barangkali sekadar melunaskan tanggongjawab.

    PS:menjadi Tuah memanglah sangat bodoh oke!

    ReplyDelete
  2. :) sebab tu lah banyak cerita cinta kat tv. eh? sekarang aku yakin, tv tu memang alat brainwash.

    ps: aku tak pasti aku percaya apa yang aku cakap. maybe effect brainwash. maybe sebab aku memang tak percaya.

    ReplyDelete
  3. kau tak percaya atau kau malas nak percaya?

    kau tau itu ada. kau tau. aku tau.

    dan..

    aku tau siapa kau. datang sini.. datang dekat..

    aku tunjuk kau cinta. tapi, janji ya? kau tak boleh ambil.

    ...mungkin bukan diwaktu kau. tapi PASTI diwaktu aku..

    Salaam

    ReplyDelete