Saturday, May 15, 2010

cerita lelaki yang kehilangan masa dalam kelipan mata

ada seorang lelaki yang diam di kaki ombak. tidak sedar bila masanya buih meninggalkan pantai, tenggelam dalam resah pasir yang sentiasa berubah. dia meraba muka sendiri, tegang muda kulit sudah lama hilang, diganti kedut-kedut awal usia.

dia, lelaki yang kehilangan masa dalam tidur semalam.

kerana ketika usia mudanya, dia diminta belajar dan belajar dalam kotak-kotak ilmu tanpa keterbukaan. dia lupa bahawa universiti terhebat ialah landskap dan manusia sekeliling, bukan kotak-kotak bangunan atas bukit, dipagari oleh manusia bermisai-berbaju biru uniform yang pantang sekali jika dia mahu menikmati dunia luar. dia membesar dengan pengalaman orang lain yang disumbat menjadi madah suara yang dipetik-petik. kosong.

dia, lelaki yang selalu alpa bahawa cinta itu halangannya masa.

di waktu ketika dia mahu bercinta. ada seorang gadis yang menakluk hatinya. bermula gurauan dalam kelas, dia sungguh tidak menyangka semuanya akan memberikan impak terhebat dalam dirinya. bila dia meninggalkan gadis itu yang terduduk menangis di tepi tasik, yang dia minta cuma masa untuk kembali. tapi, cintanya kalah menentang masa. sesekali bila dia lalu tempat tumpahnya air mata, ada bayang gadis itu melambai-lambai. merentap jiwanya sungguh-sungguh. dan dia bercinta lagi, dan bercinta lagi. tapi gadis pertama itu sentiasa datang kembali,. dengan bayang bahagia bersama lelaki lain di seberang sana. dan ketika itu jugalah, dia memutuskan bahawa cinta sudah pergi bersama masa. yang dia keciciran sewaktu mengejar cita.

dia, lelaki yang selalu tertikam dengan masa

di waktu-waktu sendiri. ada kesunyian membanjiri dirinya. sehingga dia lumpuh mahu bangkit kembali.

2 comments:

  1. kesal.

    kalau boleh dikumpulkan dalam botol, boleh jadi senjata biologi yang melumpuhkan api semangat.

    ReplyDelete
  2. berusahalah dan berpuas hatilah atas ape yg kau dah usahakan.
    jangan harap pada sesuatu ganjaran.
    cukuplah kau percaya dengan yakin tuhan itu maha adil.

    ReplyDelete